Wednesday, December 26, 2012

kenapa banyak tanya?

perkataan-perkataan yang aku selalu dengar dari mulut orang...yang mungkin tidak akan pernah memahami keadaan aku, dan tidak pernah mahu tahu bagaimana rasanya berada ditempat aku sekarang...

-kenapa ko masih tunggu dia?
-ko xrasa sia-sia semua ini?
-ko tak rasa yang ko buang masa?
-ko tak rasa ko kena tipu?
-ko mau tunggu berapa lama lagi?
-macam mana ko boleh tahan dengan semua ini?
-"kalau aku jadi kau..aku takkan buat macam nie"


oke..oke...aku cuma memahami, terima kasih kerana perihatin..dan aku mungkin takda jawapan untuk semua pertanyaan yang pernah diajukan untuk aku...tapi yang aku tahu, dan aku pasti dalam diri aku masih ada satu perasaan yang menjadikan aku pilih jalan nie...iaitu aku yakin dengannya, aku yakin suatu hari nanti..apa yang aku pilih ni sesuatu yang berbaloi dan beri aku kebahagian yang hakiki..mungkin satu hari nanti..siapa tahu?

orang diluar sana boleh bercakap, boleh mengutuk, boleh menghina, dan berkata apa sahaja, tapi yang pasti cuma kita sahaja yang kenal akan diri kita sendiri, yang tahu dan yakin kenapa serta apa sebabnya kita memilih suatu jalan yang ungkin sukar bagi pandangan orang lain untuk diri dan hidup kita...hanya diri kita sendiri...tolak tepi apa orang kata..yang penting kita yakin kita mampu peroleh kebahagian daripadanya...

aku tak pernah rasa semua ni sia-sia, aku tak pernah rasa semua ni buang masa, aku tak pernah rasa ini satu pernipuan..mungkin mulut adakalanya terlanjur berkata-kata..tapi hati tidak mungkin pernah salah..., aku percaya "kalau kita betul ikhlas sayangkan seseorang, tuhan mesti bagi kita orang yang jauh lebih ikhlas sayangkan diri kita"...

siapa kata cinta perlukan mata? sebab cinta itu buta... kita tak mampu untuk melihat cinta kita dihadapan mata kita...tapi cinta hanya perlukan hati untuk dirasai dan dijaga...

adakalanya juga aku jatuh, hilang semangat, tertekan dengan semua yang berlaku..berfikir bagaimana aku harus berhadapan dengan semua tekanan yang mendatang..bagaimana untuk menghadapi cabaran demi cabaran... tapi perlu diingat..bahawa . aku hanya seorang insan biasa...manusia biasa..orang biasa..wanita biasa..dengan hidup yang biasa...

setiap detik peristiwa..ingatan...kata-kata...rasa..jiwa...cuma semua ini sahaja yang dapat membantu aku untuk terus bangun dan hadapi dunia!aku yakin semua ini adalah jalan kebahagian...



tunggu : ops! ini bukan betul-betul bah...cuma tangan gatal nak tekan2..hek3

0 comments:

Post a Comment