Saturday, May 12, 2012

Obesiti - Laras Sains

Contoh Soalan :
kadar obesiti atau kegemukan di negara kita didapati terus meningkat dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Bincangkan punca utama berlakunya obesiti dan cadangkan langkah berkesan untuk menangani masalah tersebut.

Jawapan :-

Obesiti merujuk kepada masalah kegemukan yang dialami oleh seseorang akinat kenaikan berat badan secara mendadak. Kini, masalah kegemukan didapati semakin menular dalam kalangan lapisan masyarakat tidak kra deawasa atau kanak-kanak.

terdapat pelbagai punca yang mengakibatkan masalah obesiti ini. Lazimnya jenis makanan dan amalan pemakanan yang tidak baik akan mengakibatkan masalah obesiti. Makanan yang berlemak dan berkalori tinggi seperti daging, colat, aiskrim, minuman berkarbonat dan lain-lain menjadi faktor pendorong kepada masalah obesiti. Tabiat pemakanan yang tidak terkawal dan terlalu banyak, khususnya pada waktu malam juga cenderung membawa kepada masalah obesiti.

Di samping itu, obesiti juga berlaku kerana individu kurang melakukan senaman atau pergerakan fizikal tubuh badan. Dalam kehidupan moden ini, manusia asyik bekerja dan mengejar kekayaan material sehingga mereka mengabaikan kegiatan senaman. Kehidupan yang selesa dengan pelbagai kemudahan moden di sekeliling kita turut mengakibatkan manusia malas berjalan dan bersenam. Keadaan ini menyebabkan tenaga dalam badan tidak terbakar dan seterusnya bertukar menjadi lemak seterusnya menyebabkan obesiti.

Oleh sebab obesiti boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dan psikologi, langkah-langkah berkesan haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Kita haruslah menjaga jenis makanan yang dimakan setiap hari. Pengambilan makanan yang kurang lemak, rendah kalori dan tinggi kandungan seratnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amat digalakkan. Makanan yang tinggi lemak dan berminyak haruslah dikurangkan. Selain itu, tabiat kuat makan haruslah dihindarkan.

Masalah obesiti juga dapat diatasi dengan melakukan aktiviti senaman. Lakukan senaman secara teratur, iaitu selama 20-30 minit setiap hari. Antara senaman yang paling mudah dan berkesan ialah menaiki tangga, berjoging, bermain tenis, berenang dan berjalan kaki. Kesemua Aktiviti ini dapat mengurangkan lemak di dalam badan. Kesannya, masalah obesiti dapat dikurangkan.

Oleh sebab obesiti boleh menjejaskan produktiviti dan menjadi punca lepada pelbagai penyakit kronik, setiap individu perlu mengambil langkah-langkah yang dicadangkan dengan segera bagi mengatasi masalah ini.

0 comments:

Post a Comment