Saturday, May 12, 2012

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) - Laras Sastera

Program Latihan Khimat Negara (PLKN) dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2004. Kandungan program ini terbahagia kepada dua komponen, iaitu 30% latihan lala tentera dan 70% kemasyarakatan.

Program Latihan Khidmat Negara membantu membina ketahanan mental dan fizikal yang kukuh dalam kalangan remaja. Dalam tempoh tiga bulan latihan tersebut, pelabagai aktiviti berkumpulan seperti mendaki bukit, berkhemah, latihan lasak dan sebagainya dijalankan. Aktiviti-aktiviti ini dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal remaja yang mengikuti progam ini. Aktiviti terancang tersebut turut membantu membina semangat dan keyakinan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Selain tiu, program Latihan Khidmat nageara memainkan peranan penting dalam mewujudkan integrasi nasional. Kesemua aktiviti progam itu memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar kehidupan untuk saling berinteraksi. Sepanjang tempoh latihan tersebut, peserta dilatih bergontong-royong, bermuafakat, bertoleransi dan lain-lain. Oleh yang demikian, perpaduan kaum mudah tercapai khususnya di negara yang berbilang kaum ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara ini turut menimbulkan beberapa masalah. Pertama, program ini melibatkan kos yang amat tinggi. kerajaan terpaksa membelanjakan tidak kurang daripada RM500 juta setiap tahun untuk menjayakan progam ini. Kos ini diperlukan untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti tempat penginapan, makan minum, rawatan perubatan, pengangkutan, kelengkapan dan peralatan, abyaran elaun jurulatih dan lain-lain.

Di samping itu, kerajaan juga harus menangani masalah teknikal seperti terdapat remaja yang mengingkari program latihan tersebut. sehingga kini, tidak kurang daripada 4300 remaja yang tidak melaporkan diri untuk mengikuti progam tersebut. Kerajaan terpaksa berusaha mengesan dan mendakwa mereka di mahkamah. Hal ini membazirkan masa dan kos. Terdapat juga ibu bapa yang kurang peka dan kurang memahami hasrat murni program ini sehingga mereka memandang remeh terhadap program tersebut dan tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya untuk menjayakan program tersebut.

Sebenarnya Program Latihan Khidmat Negara amat penting dalam konteks pembangnan masyarakat dan negara. Progam ini harus mendapat sokongan semua pihak.

0 comments:

Post a Comment