Thursday, January 19, 2012

Tamsilan !


Alkisah, ceritera oleh orang semasa saya seusia kanak-kanak tetapi sudah mengerti 
dan faham akan ceritera itu...Adapun kisahnya begini.
Zaman dulu-dulu di sebuah kampung ada pondok pengajian agama.
 Di situ ramai yang pergi mengaji dan menuntut ilmu dengan seorang yang bergelar Tok Guru.
Pada suatu sesi pengajian, Tok Guru ini mengajar bab hukum mandi wajib.
"adapun syarat sah mandi wajib ituuu, adalah mandi sehingga membasahi seluruh bulu-bulu rom!" Kata Tok Guru. Dalam itu ada seorang muridnya bertanya kerana tidak faham.
"Tok Guru, apa yang dimaksudkan bulu-bulu rom itu?"Tok Guru mendonggak kepala sambil menjawab.
"Adapun bulu-bulu rom itu ialah bulu-bulu burung dari surgaa!!" Dengan penuh yakin fikirnya muridnya itu faham. Tetapi, muridnya tadi bertanya lagi.
"bagaimana bentuk bulu-bulu burung dari surga itu Tok Guru?"
Tok Guru terdiam seketika seolah-olah berfikir,
sambil membelek kitabnya, lalu menjawab.
"Adapun orang yang banyak bertanya itu maka nerakalah iyaa!!!".

ops jgn pikir bukan2..ihihi!! peace !!

Sumber : (Pensyarah Pengajian Am Saya!) http://bersamacikgubung.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment